Entry nie aku just nak kongsi dengan kengkawan semua jek.. Sebagai ingatan sebab aku mimpi benda nie.. Kalau ada yg sama, renung2kanlah.. ;)
Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi
pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama
pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka
hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain,
dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu
adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan
ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat
kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Mimpi
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur
lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa
pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi
dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :
"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu
akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud
Surah al-Fath, ayat 27.
Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga
berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan
sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.
Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma
yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali
dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata
'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang
tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari
kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan
kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi,
sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar
tubuhnya.
Menarik Minat
Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik
minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah
menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun
kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya
bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan
sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak,
kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi
itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai
umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi
tersebut.
Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana
itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan
mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi
yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai
semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam
kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari
akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan
hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari
mimpi-mimpi yang aneh.
Campur Aduk
Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di
antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan
kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari
kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada
sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana
kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil,
tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah
pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.
Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil
yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu
telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara
mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad
bin Sirin (Ibnu Sirin).
Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi
yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti
itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada
tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain
dari Allah swt.
Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang
mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut
mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan
angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan,
atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah
yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang
sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi
mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan
hubungan mimpi dengan Allah swt.
Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu
kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang
yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat
standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah
diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan
oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.
Adab Selepas Mimpi
Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat
gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah
saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika
kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt.
dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada
mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan
betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan
maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan
mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan
panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak
mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada
kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara
berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)
Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada
apa-apa kesan ke atas kita.
Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi
berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar
dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang
tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu,
membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi
berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not
necessarily space).
Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi
apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para
pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.
Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi
qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain,
digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila
bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya.
Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau
makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau
mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut
dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.
Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai.
Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque).
Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai
sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua
keadaan :
1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.
2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya
seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi
sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.
Bimbingan
Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkan manusia dari
diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya. Apa yang perlu kepada mereka
ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depan itu kepada
Allah swt. Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan oleh mimpi-mimpi karut atau
dipermainkan oleh tukang-tukang takbir mimpi yang cuba meraba-raba dalam alam
ghaib.
Wassalam
Shamsul Kamal bin Main
Rujukan adalah dari pelbagai sumber yang sahih dan nyata. Boleh diberi kalau
diminta. Harap maklum.
Dengan izin tuan moderator budiman. Saya bukanlah pakar atau ahli dalam bidang
tadbir mimpi. Namun izinkan saya berkongsi pengetahuan dengan sahabat yang
bertanya dan juga mungkin dengan sahabat yang lain. Diharap sisipan ini sedikit
sebanyak dapat membantu, insya-Allah.
Mimpi Melihat Kematian
Miimpi yang mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akan mati tidak lama
lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecah kepada banyak
jenis dan bahagiannya. Renungkanlah agar kita sama-sama dapat menjadikannya
satu iktibar di masa hadapan, insyaallah.
Umar bin Subaih al-Sa'id berkata: "Saya bermimpi melihat Abdul Aziz bin
Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat
daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu
tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? "Dia berkata:
"Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi
saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah swt. kepadaku."
1. Penafsiran dan Penyesuaian
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah
penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah
dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia
bertaubat, berdasarkan firman Allah swt. yang bermaksud:
Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan
menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami." (al-Mukmin
-11)
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan
hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang
melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang
bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka
dia akan mati dalam perang sabilillah.
Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah
masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin
negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga
bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri
itu.
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah
dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan
meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi
melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan
bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang
sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika
datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya
khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia
melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.
Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan
meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu.
Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka
dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.
Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan
berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan
bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.
Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan
berpisah.
Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat
dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di
tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.
Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau
berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang
menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian
tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang
yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi
musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.
Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya
tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang
menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah
pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada
kebaikan dalam kepemimpinannya.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan
orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang
munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak
mengendahkan suruhannya itu.
Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati
dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.
Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat
seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di
sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama
orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan
dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga
tidak baik mimpinya.
2. Memandikan mayat
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat
memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas
dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang,
bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.
Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak
mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan
sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.
Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan
lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh
pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan
orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang
bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti
ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.
3. Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina.
Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina
tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus
dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat
tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.
Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai
dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai
jauhnya daripada taubat.
Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan
memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari
raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka
itu menunjukkan akan matinya.
4. Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda,
maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi
dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau
membawanya, bererti dia akan dipenjara.
Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang
kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan
mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak
baik.
Mimpi Sesama Manusia
Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya
di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada
dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada
mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu
orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali.
Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yang
dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip
dengannya atau yang satu nama dengannya."
Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan
sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang
layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka
dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada
berjanji denganya.
2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke
atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat
seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa
yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas
dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan
musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit
kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.
Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan
berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah
menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan
mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama
ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.
Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka
dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang
melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.
Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh
baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti
itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka
dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu
berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.
Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat
kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang
kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti
kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti
kesenangannya itu kesenangan yang halal.
Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua
menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak
suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat
kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat
kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.
4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang
bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya.
Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia
melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas
dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai
bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak
kesusahannya.
Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata:
"Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit"
Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul
orang dengan kayu."
Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan
kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba
abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba
sahaya akan mendapat kebaikan.
Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah
baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh,
lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan
merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia
menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah
bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua
bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi
melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya.
Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu
merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu
lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi
mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang
kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil,
kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan
matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi
dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.
Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki
tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi
mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang
tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.
Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka'bah ada
bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang
berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud
berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.
Kesimpulan
Seperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semua kejadian dan takdir
serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat
perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya.Berdoalah dan mintalah
dari-Nya.Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk,
buruklah jadinya, wallahuallam.
Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi
tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita
dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta
perlindungan dari-Nya.
P/S: just copy paste from websites ;D