My Buddies Ever..

Monday 31 December 2012

Bagaimana Lelaki Berfikir?



"Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang di sukainya atau yang baru di minatinya walaupun wanita itu tidak cantik"

            Oke, kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpalah lelaki yang membenci anda. Sesungguhnya walaupun lelaki itu membenci anda tetapi dia tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik :D
Tak percaya? Sebenarnya memang benar. Walaupun lelaki itu geram  sakit hati dengan perangai seseorang perempuan tuh tapi dia tetap akan mengakui bahawa perempuan tuh cantik kat mata dia.. HAHA


p/s: http://blog.inter2u.com/bagaimana-seorang-lelaki-berfikir/

Thursday 20 December 2012

Novel Wajib Baca



Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Thursday 13 December 2012

Matakuu




Mata merupakan anugerah illahi yang sangat berharga salam hudup.. Entry kali nie aku nak story pasal mata aku yang aku rasa makin lama makin teruk nie..Hmmm
semua bermula bile aku punye spek benggkok and xleh nk dbtolkan lagiiii!! Dugaan apakah Ya Allah! Kepala aku pening giler babi ahhh.. mmg sumpah pening… mahal giler spek aku..aq bwt baru..mahal wohh, RM400.. mmg sedap ahh!
Sekarang nihh kepala aku sgt2 pening.. mata aku lak mcm something wwong ajee.. tulis pown cm dh xbtol jekk.. aku takot lahh kalau mata aku jdk trok, kot2 ly buta.. hm aku xnak buta! HUHUHUHUHUHU.. :C
 aku harap sgt mata aku xd papeee.. tapi pening sgt..hurmmm

Monday 10 December 2012

Dress of beuty :P


Assalamualaikum,.

Entry kali nie aku nak story pasal BAJU and dress.. ntah kenapa lately nie aku sangat2 bminat dengan long-dress.. iskhh, mmg sasau ahh kalau Nampak dress2 uhh semuaa.. Ladies beb! Kalah kau jemahh.. Aku pown pandai melawa gak tau.. Nak2 skrg romate aku semua kalau dress up cm harem.. Kalah miss Malaysiaa,kihh9..

this the one of my feveret dress.. aku suka sgt dress nie sb nampak cute sgt,HEHE



antara dress2 yg aku minat and nak sgt beli sebagai koleksi keladiesan aku,BHHAHAHAAK!








and this is my really2 feveret dress.. nampak cantik kan?? hehehe



Thursday 18 October 2012

Tafsir mimpi Kematian Menurut Islam



Entry nie aku just nak kongsi dengan kengkawan semua jek.. Sebagai ingatan sebab aku mimpi benda nie.. Kalau ada yg sama, renung2kanlah.. ;)

Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :

1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.

2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.

3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.


"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Mimpi

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk

Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.

Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque). Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.

Bimbingan

Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkan manusia dari diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya. Apa yang perlu kepada mereka ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depan itu kepada Allah swt. Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan oleh mimpi-mimpi karut atau dipermainkan oleh tukang-tukang takbir mimpi yang cuba meraba-raba dalam alam ghaib.

Wassalam

Shamsul Kamal bin Main

Rujukan adalah dari pelbagai sumber yang sahih dan nyata. Boleh diberi kalau diminta. Harap maklum.



Dengan izin tuan moderator budiman. Saya bukanlah pakar atau ahli dalam bidang tadbir mimpi. Namun izinkan saya berkongsi pengetahuan dengan sahabat yang bertanya dan juga mungkin dengan sahabat yang lain. Diharap sisipan ini sedikit sebanyak dapat membantu, insya-Allah.

Mimpi Melihat Kematian

Miimpi yang mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akan mati tidak lama lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecah kepada banyak jenis dan bahagiannya. Renungkanlah agar kita sama-sama dapat menjadikannya satu iktibar di masa hadapan, insyaallah.

Umar bin Subaih al-Sa'id berkata: "Saya bermimpi melihat Abdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? "Dia berkata: "Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah swt. kepadaku." 
1. Penafsiran dan Penyesuaian
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah swt. yang bermaksud:

Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami." (al-Mukmin -11)

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.

Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.

Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.

Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.

Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.

Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik mimpinya. 
2. Memandikan mayat
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.

Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat. 
3. Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya. 
4. Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.

Mimpi Sesama Manusia

Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam. 
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya."

Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya. 
2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu. 
4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.

Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit" Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu."

Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.

Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya.

Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka'bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.

Kesimpulan

Seperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya.Berdoalah dan mintalah dari-Nya.Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.

Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut : 
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.


P/S: just copy paste from websites ;D

Friday 5 October 2012

Geng Harok Qiena!


Hah, entry pada malam nihh aku nak cerita pasal kengkawan aku yang sangat-sangat aku sayng kat UiTM nihh.. ktorang kenal masa sem 1.. Best dohh masa tuhh tapi tak tahulahh dyorang nihh ingat aku lagi ke tak.. Banyak kenangan wohhhh! Tapi sekarang masing-masing dah ada jalan masing-masing.. Hurmmmmphh
Mana tak nye si Zura ngan Citied ah takde kat UiTm.. Zai ngn Kinah lak dah ada dak sendiri.. Aku pown sama.. Masing-masing dah ada kawan sendiri.. Yelahh lain kelas kan, Kos pown lain.. Takpelahh, aku abadikan kisah kami dalam Blog aku jek lahhh, Hew-3.. Tapi kadang-kadang aku rasa cam nak ajak dyorang overnite g cm dolu-dolu.. Mesti best ,kan kan kan??

Haaaaaa, nie lahh kengkawan aku yang aku sayang sangat tuhh.. Cetttt, perasan letewhhh.. Hihihiee

Lambang persahabatan olok-oloknya masa kat melaka.. taklehh blahhh,hahahaha.. ;D


          hah, time nihh semua posing habes.. hahaha.. kat dataran mane nth aku pown lupa daaa,kihhh3.. lepakk sampai lebam ye kengkawan! hehehehe..

haaaaa,yang nihh masa nak g outing masa tuhh.. yang belahh kiri sangat tuhh member ktorg yang satu g.. namanye lupalahh.. ampunn ye kawann,huhukk..

antara pic-2 masa keluar outing and overnite ngan dyorang.. HAlamak aiii, manyak syokk lahh wehhh.. Wohhh! Wohhh! you are the best ahhhh,hehehehe..
di sebabkan syok sangat,tengok sampai kena saman ni hah.. tapi sampai sekarang ktorang xbayar g.. HAHHA.. saman nye pown aku dah buang kat tong sampahhh.. kiutkan ktorg?? kahhh3..

Itulah sahaja yang aku dapat kongsikan kat entry aku pada kali nihhh.. kita bolehh carik kawan gembira berjuta tapi kawan massa susahh satu pown harem dohh! Kan Kankan????... korang ingat senang ke nak jumpa kawan yang ada duit sama-sama? Xmakan pown sama-sama?? Nangis sama-sama n susah berbala pown sama-sama.. so, hargailah kengkawan kita sebelum dyorg g tinggalkan kitaa… kepada kengkawan SEM 1 aku iaitu àkina, zai, zura, citi, and zira aku sayang korang dohhh.. maafkan kau atas semua ketelanjuran masa berkawan dulu.. apa-apa pown korg the best ahh! :D



Thursday 4 October 2012

Deathh,..


Entry kali nie aku nak cerita tentang mimpi diri sendiri mati dalam mimpi sendiri.. Amacam, ada macam pening tak ayat aku nihh? Kui-3… Kematian itu wajib dalam setiap lumrah hidup manusia, tapi kalau dalam mimpi macam mana pulok kan?? HmmHmmm.. Sahabat terbaik dunia akhirat aku kata setiap orang akan mimpi tentang kematian mereka seumur hidup sekali.. Tapi aku dah empat kali, apecer lak??.. Takut tau jemahh,. Huhu.. Sorang member aku lak cakap dulu akak dia selalu mimpi cam tuhh.. Orang tua-tua kata kalau mimpi mati maknanya kita panjang umur..
Aiskhhh, bulehh cay eke erkk? I don’t know lahh.. Bila aku Tanya mak aku, beliau kata Allah nak aku bertaubat tuhh.. Tapi aku rasa ada betulnya jugak cakap mak aku tuhh.. Hurmmm, it scary u know.. Huhukss,,.. Soobbb….. SssoooBbbb… Nak cerita apa yang aku mimpi aku rasa xterlarat kot sebab panjang sangat.. Ada empat siri lak tuhh.. Biarlahh ia abadi dalam ingatan aku.. Yang tau semua siri cerita aku tuhh Cuma sorang jerk.. Orang tuhh ialahh si ComeL Cik Amira Samiti yang kiut lagi mengade-ngade.. Ini kalau dia baca nihh mampos aku dia kata aku kutuk dia.. Hahahaha,..
Maybe inilah masanya tuhan bagi aku hidayah untuk aku bertaubat kott.. Tapi kemalasan sangat-sangat mengundang kalau bab ke agamaan nihh.. Sebab tuhh aku selalu berdoa agar aku akan di temukan dengan seseorang yang dapat membimbing aku ke jalan yang di redhai-Nya.. Ececehhh, mulalahh tuhh.. Hew, Hew, Hew.. Berangan-angan untuk kebaikan tak pe kan??? KihhhKihhhKihhh.. Aku berdoa janganlah aku mati awal.. BAnyak lagi yang aku belum buat nihh.. Alahh, mesti korang tertanya-tanya gitu apelahh sangat yang aku belum buat lagi tuhh kan?? Sebokklahh korang nihh.. HEHE, takpe meyhh aku habaq kat hampa sume keyhh..
Benda pertama, aku belum bantu makbapak aku apa-apa pun.. Penat deme nyekolahkan aku sampai menara gading, tak kan aku tak bantu dyorang langsung.. Sekurang-kurangnya kau kena ringankan beban dyorang… So, di sebabkan itu aku tak lehh kahwin awal.. Tanggungjawab aku tak setle lagi derr.. Kang nanti dapat laki cam haram, tak leyhh bantu family aku.. Memang tak lahh kan.. Dah lahh aku nihh anak sulong, banyak kena fikir wohhh,,.. Kau ingat senag ke?? Huhuhu..
Kedua, aku belom kahwen lagi wohhhh… JAnganlahh mati dolu.. Huhuks! Tak sompetlahh den nak meraso nikmat berkahwen nanti, Wowowowowoohh.. Gatal, auummmauummm!  KAhhhhKahhKahhh… Sape tak nak berlaki wohh.. Niehh Prince Charming aku nihh pown aku tak jumpe lagi tau.. Aiskhh, laki manalahh yang beruntung sangat dapat aku nihh.. (=,=)’ .. Hhahahaha! Yelah tuhh beruntungkan.. HmmHmmm..


Paling penting ibadat aku tak cukup lagi wohhh.. Aku memang jahat tapi aku tak nak masuk neraka Tapi aku pown tak layak untuk ke syurga.. Acanohh tuhh??? Aku takut seksa kubur! Aku takut bersendirian dalam liang lahat! Aku takut kegelapan dalam keranda! Amalan aku tak banyak lagi.. Banyak sangat kemurkaan yang aku lakukan.. Solat aku pown tak betul lagi.. Camner??.. Aku berdosaaaa, aku tau tuhhh.. Ampunkan aku Ya Allah !!!!!!!
Hmmmmm, hidup terlalu banyak liku kan?? Sampai kekadang terluku-luku kita di buatnya.. Tapi kita still kena hadapi jugak sebab “Live Must Go On Although It To Hard”.. Makes your step and Run as u can! Semangat, Semangat!!!! HEhehehehhh..


Saturday 22 September 2012

kekusutaan di study weekk! ><'

 Entry aku kali niehh aku nk citer pasal: 
"Kenapa Orang Lain Bolehh Balik Tapi Aku Tak!"..


  nie semua di sebabkan masalah yg sangat2 xdapat nak di elakkan..tp macam di sengajakan pown ade sebenarnyeee =,=' .. sakit pulokk hati kite niee wakkk.. errerrerrrrmmmmm
  Pehh,benggang wohh tgk orang balik bawak beg besarr tp aku balik bilik kena study tuk test n wat asgmnt.. ahhhh,madahhhhh-2 !!! >,<'
  sumpahh, sangat-2 terdera jiwa nihh wehh.. kt UiTM SEGAMAT yg puaka nihh.. kt bilik sorang-2 macam haram sb semua akak roomate dh ballik.. whhoopppzZzz! mati kutu den makkkk.. nakk baalikkkk!
  dh lahh sorang-2, wat asgmnt sorg-2 lakk.. wehhhh, tw x asigmnt nihh wt aku nk terjun tingkap jek tw.. haiskhhhhhh.. dh lahh sepatahh haram pown aku tak tahu.. lahanat towL ahh.. gggggrrrrr  ( +,+)..
  hari isnin present, antoo asgmnt and ade cls.. wwhhoottttt-2! pastuhh selasa ade test lakk.. malam lak tuhh aiskhhh.. tekanan aku cmnihh LOL! Rabu pagi2 lagi aku akan angkat kaki.. jyehaahhh! akhirnyaaaaaa!!!
  aaahahahahahahahahahhhhhhhhhahahahahahahahahahahahhhhhhhhhhahahahahahahahaaaaaaaa

  nampaknyaa tekanan semakin memuncakk.. al maklum dh malam.. ahhhh,aku rs cam nk tgk citer korea dulu lahhh.. ehhh-2, whhoottt-2.. asgmnt dululahhhhhh.. aaalllaaaaaaaaaaaaa (*,*)'..
  bontotlahh kau asgmnt.. lw xlulus gk aku xtw lahh.. memang aku bakar UiTM nihh.. ahahahahaha.. cehhh, koe yg blajar xbetul2 nk salahkan UiTM yg permai nihh lak an..HOHO (~,~)
  time2 cmnihh baru terpikir npelahh aku amek DIIM.. DIIM terbaikk tw.. seronok amek DIIM.. sape2 yg rajin ly lahh amek sbjek nihh.. sure DL (X,X)' .. hahahaha

Wednesday 19 September 2012

mainan syaitan!

 Malam tadi aku mimpi ngeri !!!!!!!! aku mimpi mak aku.. mak aku excident naik motor baru tuhh.. berdarahh-2.. banyak sgt darahnyeee... dalam mimpi tuhh aku xhabis2 panggil makkkk-2 !! sampai aku terjaga aku terpanggil mak aku..
 Ya, Allah kau peliharalah kedua orang tua ku.. janganlahh ade apa2 terjadi pada mereka ya,Allah.. HUHUHU... mimpi uhh menakutkan... dalam mimpi tuhh mak bawak bedah,ella n gibot xsilap.. tbe2 mak terbabas then habis satu badan bedah kena darahhh mak.. masa tuhh aku cuma dapat jerit dari laman jekk.. xsilap masa tuhh rumahh aku ade kenduri.. aku xtw kenduri ape..
 mimpi apelahh seyhh, merepek jekk.. jauhkan lahh keluargaku dari segala malapetaka Ya,Allahh.. aminnn :'(

Tuesday 18 September 2012

semi-critical asthma


Malam tadi merupakan malam yg sangat menakutkan dan menyeksakan. Bayangkan aku langsung tak boleh bernafas sama sekali.. aku rasa cm nk mati pown ade r malam tadi.. belakang badan aku sakit sangat sebab nak nafas tapi x bolehh.. ouhh,ouhhh,ouhh owesomee sesangat!
Malam tadi semua roommate aku xd so aku terpaksa mesej kak huda n aje.. dyorg xd upenye,so dyorg anto wakil kak hani n lin tolong tgk2 an aku.. nk ke hospital macam2 dugaannyee.. masyaallaahh.. pak guard kt dpn UiTM xbg ktorg kua sb dh malam, dy xcye yg ade org sakit.. paling best kereta xlehh masuk and aq kena jalan kaki keluar.. OMG! Dgn sempot yg cm tuhh aq mmg xlarat nk jalan.. nasib baik kak huda n lin ade tolong papah aku.. sampai IFC tbe2 ktorg ternampak kereta then ktorg tumpang abang jual burger uhh keluar.. mula2 epah nk anta g hospital tapi apakan daya xjadi so abang jual burger uhh anta ktorg sampai hospital sb kte dyorg kebetulan rumah dyorg kt area2 tuhh jugak..
sampai jek hospital daftar then abang attendent uhh terus check aku.. aku terpaksa di bagi oksigen sbb dh xlehh bernafas lagi.. lame gk aku kena pakai bnde oksigen tuhh.. xlame tuhh dy lehh enject aq lakk an..pehh-3, berpinarr2 kple hotak aku.. sakit lakk tuhh.. dh lahh aku nihh lw bab2 suntik menyuntik niehh alergic sikettt,huhuhu.. abang tuhh masukkan ubat then amek darahh aku.. xlame past tuhh doktor panggil aku.. dy check lahh segala bagai yg dy nk check.. dy sohh aku amek oksigen g sb masih ade bunyik swezel lagi kt dada aku.. maknenye sempott aku xhilang lagi letewhhh..
bila dh yap bg oksigen yg kedua, aku di panggil lagi masuk bilik doktor.. doktor tye aku mmg ade ashtma ke, aku pown jawablah ha'ah tp xslalu kena.. doktor uhh cakap g darahh aku ade jangkitan kuman n dy sohh aku makan ubat sampai habis biar xsakit lagi.. aiskhhhhh, aku mmg suka makan ubat bagai nhh..huhuhu .. lame kot aq kt hospital masa tuhh,dh lahh mengantuk.. tapi syukur alhamdulillahhh aku dah bolehh bernafas macam biaser.. aku dh xsesak nafas macam haram lagi,huuhu..
nak balik lakk menjadi satu issue skg nihh.. dh kol 3 pagi mne nk dpt transport??? nasib baik pakcik guard hospital tuhh ade mmber, so mmber dy tuhh tlg hantarkan ktorg balik.. dh sampai UiTM segamat lin n kak hanie g jmpe pakguard yg jaga tuhh nk mnx izin bg kete masuk sb aku mmg dh xlarat nk jalan.. nasib bolehh.. abang uhh nata sampai dpn kolej.. thankx abang =D
akhirnyaa aku bolehh tidurr jugakk.. sumpahh masa aku xlehh nafas td malam aku cuma fikirkan mak aku jekk.. kan bagus kalau mak aku ade kat sebelahh kau.. and aku terfikir kan bagus lw DIA ade time ake cmnihh,cm dulu2.. hahaha,semua tuhh tinggal kenangan lorhhh.. hwink3.. kol 6.30 pagi mak aku kol tye aku cmner sb adik aku baru bagitau mak aku pagi tadi.. aku okehh jekk.. td tengahari mak kol lagi.. thankx makk.. sayang mak sangattt-2..
tapi aku xpuas hati r.. adeke doktor bagi aku citi 1 hari jekkk.. cilakak tol ahhh,huhuhu.. dah aku terlepas dinner IMS malam nihh.. xpelahh, tiket aku tuhh aku bg irfan jek sb ira kate irfan nak pergi dinner malam nihh.. kesihatan lagi penting dari dinner Qienaaa,ingat tuhh.. HUHUH

Sunday 5 August 2012

miss my family lahh :(


  today i miss my mom damn much! i dont know why..ermmphh! maybe sb lme xbalik kg kot.. kn?hmm.. nk wt cmne jimat wet..huhu
  nyaie aq slalu kate aaq nie asik balik kg ajeeee.. hmm,bkn ape.. aq rindu ngn semua familya aq.. even dyorg rs cm aq nie mbazir wet asik balik kg je ke, ape ke tp aq pedulik hape.. hati aq yg rindu, aq yg tanggung.. bkn dyorg yg rasa rindu aq nie kt dyorg.. so, aq xkesahh dyorg nk psoalkan npe aq slalu balik kg.. xperlu ade yg tw lahh.. biar aq jek yg tw betapa aq sayang dyorg.. syg sgt2!
  kadang2 mmg myampah lw tengok hari2 tp bile dh bjauhan rindu plak rs hati nihh..yelahh,dh terbiasa bersama.. so,bila bjauhan lain lak rs nye..korg pown cm tuhh kn? xpe,aq phm.. :)
  xsabar nk balik cuti raya nt.. rindu sgt nk bbuka bsamaa2 mak ayahh n adik2 tsayang.. hmmmm, makkk! ayahh! qienaa rinduu sgt kt makk ayaahhh! huhuk.. mesti aq kena gelak bdekahh2 ngn adik aq lw dy tw aq tulis cmnihh kt blog.. arrgghh! ade aq kesahh?? blog aq .. p lantak lahh aq nk tulis ape..hahak!
  hari nie befday adik aq yg last sekali.. ZUBAIDAH tp aq pggl dy GEMOX! beria dy sohh mak aq tepown aq sb nk tye aq bg dy hadiah ape utk dy..HAHA! makin rindu aq ngn adik-adik aq niehh..muahahaha!
SELAMAT HARI LAHIR YE adikku si gemox! syg adik2 akk sesangat! rindu nk lepak ngn korg same2,nk borak2 smp lewat mlm smpai mak mgamox xsudahh sb bising sgt!
  rindu nk g kuar jenjalan past tuhh curik2 g bandor sonyap2..HAHA.. best giler wehh ! xpe,nt aq balik kg kite harox same2 k.. wt kecohh bio mak hangen satu badan past tuhh kena samplok ngn ayahh.. org jawe kate samplok, mkne samplok tuhh pukul. hehehe,sory lahh aq nie jawe.. dh tbiasa sgt bjawerare niehh..hehe
RINDU KORANG! mmmuahh! hahaah...

Saturday 4 August 2012

WAJIB tengok !!!

THE M.O.B


                                               
terbaik dr ladang lahh dancer2 dyorg nihh,, superbb beb!! aauummm! <3

Sunday 15 July 2012

FAMILY DAY: DIIM (INFORMATION MANAGEMENT/ IMS)

  ASSALAMUALAIKUM

  buat pengetahuan pembaca blogger ku yg di kasihi sekalian, masa hari sabtu lepas kos pengurusan maklumat, UiTM SEGAMAT bwt famuly day tw.. best gilerr kot! rugilahh korang2 yg x pergi tuhh.. HEHE~
acara paling bestt ialahh siram air sirap bersadur tepong.. pehh,cm haram lahh wehh! HAHA
  paling xly blahh mase explorace.. pehh,penat cm haram! sumpahhh,lenguhh kaki nie hah! .. jauhh lak tuhh lokasi permainan dy.. mcm lahh UiTM SEGAMAT nihh kecik kn..erkks,tp mg enjoy habes lah bebe!..
  masa lepas explorace ape g,mencekek lahh an.. nk-2 dapat mee hoon free.. aq ngn yg len mnambahh makan mee hoon smpai 2-3 kali.. FREE lahh kate kan,sape yg xnk kn?? HIHIHIE ..
  petang ktorg ade sukaneka.. alamak aiiii, di takdirkan mase sukaneka tuhh hujan.. pehh,mmg lenjan jekk ahh! men hujan arr ktorg sumer.. men JAK_JAK LUN_LUN lagi lahh xbleyhh blahh.. habess baju basahh kena belon pecahh isi air.. mmg mandilahh wehh! HAHAHA! 
  kenangan nie semuaa ngn dk2 IMS.. lurve u alls lahh sesangat! :D

  nie antara pic2 yg dapat ktorg snappp:

haaaa,masa nihh ktorang kena tabur ngn tepong ngn akak2 senior ktorg..haram! aq cover mata jek kot ms tuhh sb aq an pakai contact lense.. hok alohhh,meriahh kau jemahh! HAHA

nie plak pic sebahagian drp dak2 kelas aq.. haa,bestt giler pic niehh,penuh ngn kegembiraan! manyakk shiook maa sama dyorg! HAHAHA .. kenangan niee wehh.. kt pic nie aq ngn ira and miruL .. sumpahh superb! and sorang lagi aq ngn fatin.. wahhh,tepung manyak lekat maaa ... hihiee~majalahh wedding g2 hah olok2nyee..yelahh nk letak majalah len xd yg muat2 muka ktorg ade semuaa.. lagi2 mukaa aq,hihikkss~~

this is our team! nie lahh semuaa budak kelas aq.. walaupown ade yg xdtg tp better lahh kn ade gk yg g family daay.. nie sebahagian lahh tp pic nie semua ade.. mksud aq nie lahh muka2 dk2 yg dtg family day ms tuhh.. first time aq rs dak2 kelas aq bersatu-padu dgn jayanyaaaaaa~ cayalahh korang! baru best bilaa kite semua satu kepala tanpa masam muka.. xg2??.. love u alls lahh!

and this is my course student.. hamaca,ramai x?? ehh2,nie bkn perhimpunan bersihh yg nth pape tuhh eh.. niee dak2 kos INFORMATION MANAGEMENT UiTM SEGAMAT okehhh.. hew-3.. ktorang amek pic ngn lecturer ktorg tw nihh.. spoting glerr merekaa2 niehh,mmg syokk lahh! tgk tuhh yp baling tepung bagai.. mane nk carik dk2 yg enjoy cmnihh..thanks ye senior-2 yg wt keje giler nie sumeh,korg mmg bestt n giler lenjan punyee otak..HAHAHA :D




Wednesday 4 July 2012

tErbaEk dari LadaNg!



  hari tuhh g hiking gunung berlumut..alamak aii seyhhh,penat lahh shiott! cam haram pnyee pnt! trek dy sumpahh mengancam! seriously cm xsanggup nk daki sampai puncak.. tp maybe kuasa ALLAH aq sampai gk kt puncakk! yeehaaaaa!
  nie antara pic2 yg sempat ktorg snap masa mendaki.. :)
nie masa ktorang mendaki..amacam tempat dy?ada bran kaa anneee??hahaha

time niehh ktorg penat sgt sampai abg guide uhh pown pening sb ktorg lambat sgt mendaki..penat wooooo! HAHAHAHA..

nie lak masa sebelum mendaki.. breakfast luu! makan cam haram..HAHA


sebelum ape2 amek pic luhh tk kngn masa hadapan..tp nie yg pompuan jekk yg laki mne ntahh.. xpe,oke pe nie lahh hiker2 wedok! haha

AKHIRNYA! ktorg samoai jugak ke puncak setelahh bersusahh payah mendaki sampai sakit2 kaki and kekurangan oksigen dan tenaga,, this is our team!


happy woooo bile dh sampaii.. dgn awan2 nano yg bergerak slow motion..hihiee

nak turun dari batu gergasi di puncak gunung berlumut!



nampak tak lelaki yg tgh duduk pakai yuala putih kat leher tuhh?? haa,tu lahh GUIDE ktorg.. amcm hensem x?? giler x! lau xhensem xkan lahh kak putri sangkot kot..kahhkahhkahhkahhh.. :)

inilah puncak yg kitorang nak tengok sangat tuhh.. xberapa best lahhh sebab banyak sgt semak samun.. xnampak sangat pemandangannya tuhh.. tapi better lahh dpt pengalaman hiking ngn hikers2 ...
walaupown penatt yg tersangat2 tp pengalaman niehh akan aq simpan utk seumur hidup.. ceewahhh!
kelas kau jahhh.. thanks bebanyak kat AJE sb ajak aq g hiking cmniehh.. mmg sronok dpt g outdoor aktiviti cm niehhh.. THANKS a lot to u aLLs lahh..hewwhewwheww~

Thursday 28 June 2012

gunung lumut ..

  okehh,hr niehh hr yg sgtt3 pnt..terlaloooo penattt.. puenatt! pose lahh ollok2 nyee,kahkahkahhhh.. ngn kelass n CO yg mcm haram bwt aq rs cm nk pitam! wahh! gilerrrr3,nsb xmsk hspital bhgiaa..hah,bhgiaa aq..hewww3
  haaa,nk citer niehh nk  citerr! esk an kite an nk g kluang.. nk g gunung lumut.. kitee an nk ikot aje..HEHEHE.. abg sdare dy wt plan, aq follow jekk.. phm2 lahh aq minatt bnde cm gniee..hihieeee..
  doaakan aq tw smogaa slamat g n slamat balik.. 1st time nek train niehh..smpai kluang g umhh cik yien tross..hehehehehehe.. xsabar!!

Tuesday 26 June 2012

fever!

  i got fever today.. actually it has been 4 days and its still havent any progress..  ouchh! my head was too heavy and like the world is rolling up! up! down! up! down! then i tertonggeng at my lazy katil.. OMG! hmm,five days past but my fever not recover yet.. my head was too heavy to me.. what kind of sick are im had?? OMG!   hrp2 esk much more better than today.. i got MC.. 2 days MC but i think that not enoughh.. HAHAHAplease pray for my health cz on friday i want to participate to panjat gunung lumut at kluang with my bestt buddies,aje.. :)

Thursday 14 June 2012

aEpuL Drama BanD =D

  hye pembaca blogger areque Qiena yg di sayangi semua..amacm sihat x?? haa,hari nie aq nk kongsi something yg best tk korg semuaa.. aq nk tunjuk kan pakwe baru aq.. nme dy aepuL.. mesti terkejut kn??HAHAHAHAHAHAHA... xdelahh,sbnrnyee ue bkn pkwe aq pown.. xknl ke aepul?? alahh, aepul Drama BanD tuhh.. yg handsomee tuhh..yg nyanyi theme tk lagu juvana tuhh.. lw xtw lagi yg nyanyi lagu "cerita dia" tuhh.. sumpahh,aq minat giler ngn dy!!!!!!! wawawawaaawaaaaa,dy HANDSOME  giler kot! KIH-3
  niehh antara pic-2 dy yg aq ade .. :D
                                                         AEPUL Drama BanD 
awesome boy!





 nie Lak pic BanD dy.. =D










  ha,amacam?? handsome kan?? hahahaha.. sumpahh,sweet giler aepuL niehh!! 


  tp dLm byk2 pic aq paling suka pic yg niehh..npk dy smart sgt2!! npk cm budak2 remaja yg kacak n perhh!! HOT! meyhhh...HAHAHAAHaaaa




nie lahh pic yg aq gtw uhh.. amcamm??HANDSOME an?? .......
kakakakaka,kn bagus lw dpt pakwe handsome cm niehh.. hwinkkk ^^'
<3 <3 <3

  nie lakk lagu dy yg tghh HOT skrg.. <3


                           hayatilahh lagu ini.. syokk!!! <3